Namun, ALLAH MAHA BERKUASA,
DIA kirimkan aku seorang manusia,
Untuk membebaskan aku dari belenggu dosa,
Dengan izinNYA,
Hamba itu mendekatkan aku pada YANG BERKUASA,
Membawa aku lebih tenang dari biasa,
Sehingga aku telah berdaya,
Semakin aku dekatkan diri dengan ILAHI,
Semakin hamba itu menjauhkan diri,
Mengelak fitnah dan rasa hati,
Dan aku dibiarkan bahagia dengan cinta kepada ILAHI,
Sedangkan hamba semakin menyepi,
Dan aku semakin mengerti,
Kerana ALLAH ajarkan aku erti meredhai,
Mencintai bukan bermakna memiliki,
Menyayangi bukan bermaksud memperolehi,
Semoga dirinya menemui sang bidadari,
Yang mampu membawanya ke syurga hakiki,
Sesungguhnya,
Aku merinduinya,
Aku menyayanginya,
Hadirnya cuma untuk seketika,
Bukan untuk selamanya,
Sebagai pembawa ke JalanNya…