Wednesday, November 13, 2013

Patah xtumbuh Hilang xbeganti

Bismillahirrahmanirrahim...
12 November 2013 telah pergi seorg insan yg amat aku sanjung..yg amat aku respect..dialah cekgu..yg mngajar aku erti khidupan...dialah ustaz...yg sering mngingati aku tntg Islam..dia lah seorg ayah...yg trlalu amek berat tntg anak2 buahnya..tanpa jemu dia beri nasehat..tnpa jemu dia tazkirahkn kami..lepas ni, dh xada lg n xakan aku dgr lg nasihat2 drpdnya..kata2 hikmahnya...6 hari lepas dia bru pulang dr menjadi tetamu Allah utk menunaikan haji..tapi hari ni dia telah menjadi tetamu Allah d alam sana...terkilan sgt xdpt jumpa dia bt kali terakhir...semoga ustaz brd d kalangan org yg beriman n org yg soleh..byk jasa ustaz..byk pesanan ustaz..damailah engkau d sana wahai guruku...jasamu tetap saya kenang...al Fatihah...  T____T

Wednesday, August 21, 2013

Janji Allah Itu Pasti...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah jaga la hati aku...Ya Allah...andai aku jatuh hati...biarlah hati ini terpaut pada hati org yg mengingatiMu..Aamiin.... =D
 Bercinta Selepas Nikah...InsyaAllah... <3


Sunday, June 23, 2013

" Cinta Yang Bukan Milik Kita "

Bismillahirrahmanirrahiim..

BERSYUKURLAH.. Kerana akan datang orang lain yang cintanya lebih besar dari dia yang dulu mencintaimu dan memutuskan pergi darimu..

IKHLASKANLAH.. Kerana walaupun dihadapanmu dia sudah baik tapi belum tentu dia yang TERBAIK untukmu..

BERSABARLAH.. Kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan dihadirkan untukmu iaitu orang yang memang ditakdirkan untukmu..

Aamiin, insyaAllah...

Sharing is caring...


Oh Tuhan dulu pernah ku berbuat dosa atas kelemahan diriku padaMu...
Oh Tuhan ku berharap kau sampaikan Hidayah utk ku kembali menuju redhaMu Ilahi...

Thursday, June 20, 2013

Saya OK...Saya Dah Besar...

Taken at Pulau Langkawi

Assalamualaikum...
Dah lama xjenguk blog ni...huhu
Sepanjang masa tu jgk bnyak bende jadi in my life...
Ok..straight to the point lah kan...
On fb..jenguk pic2 lama..n trjumpa lah pic di atas ni kan..(yg telah d crop)
tgok pic ni la buatkan aku rasa sedih ni..haha..(do u know why?)
bcos in this pic ada dslr aku..
n dslr aku ni dh hilang...
abis memory2 aku dlm tu..
hilang terus kenangan yg aku amek..
Pic ni jela yg aku jumpa yg aku bgmbr gn dslr kesayangan aku ni...
bertahun aku tgu nk dpat benda ni..
tapi dlm masa sehari ja ada hamba Allah ni ambil tanpa pengetahuan sapa2..(sedih kot.. T_T)
huhuhu...menangis la jgk kan..benda bkn senang nak dapat..
so aku kena tunggu lagi..haha..
benda dah jadi kan..so aku redha..mungkin salah aku jugak...kurang bersedekah...(muhasabah diri T_T)
aku copy satu ayat ni...

Barang kena curi boleh tgk dgn cara lain 
1.Allah nak gantikn kita dgn benda yg lbh baik 
2.Allah syngkan kita
3.Memang pencuri dah ramai!

Sekian....

Saya ok..saya dah besar...!!!

Thursday, April 18, 2013

Do'a

Doa pilihan buat hati yang merindu untuk dicintai :

"Tuhan, lindungi hatiku, dari rasa sakit kerana terlanjur suka, dari pengharapan yang nampak nyata tetapi palsu belaka..."

Saturday, March 16, 2013

PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI

Maksud hadith Rasulullah s.a.w; “Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara – kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana nasab keturunannya dan kerana agamanya; kahwinilah wanita yang baik pegangan agamanya, kamu akan mendapat ketenangan”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Peringatan daripada Rasulullah s.a.w; “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekeyaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”. (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)


Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."


Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

Bagi kaum Adam, Islam menyarankan memilih pasangan yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi) 


-dari teman jauh-

Wednesday, January 30, 2013

Salam...nak kongsi sikit satu hal...mende ni copy paste je..trbaca dari fb..

Dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID....





Subhanallah... =')

Monday, January 28, 2013

Family Holiday D Langkawi =D


MakLong n my sis at UnDerWaterWoRLd...selekeh..=D



Nak tgkap brsama ikan,tapi ikan p0n xbeqapa nampak..hak2..



cute x..hehe


Baby Pingu... <3


Guess what?? aku pon xtau..ayam village kot..haha


Bird Sister Old a.k.a Burung KakakTua


Subhanallah... =)


Siang buat asam pedas pon sodap...haha


Tunjuk bakat aku..cantik ark..no edit ok.


simbolik Pulau Langkawi
LANG-Helang
KAWI-berwarna coklat


Nemo =D

 

Aisya Umairah
My Little Sis


Alisya Sofea
My Big Sis..hehe


Tanjung Rhu
Dari kiri: MakLong,Aisya,Ayah,Umie,Alisya,Siti


Letih2 tapi sempat g nak br'posing'...kelaku.. =D


Pinguin Terbang..hak2..

Actually banyak g gambaq...tapi d tapis..hehe..so pilih yg ok2 ja..best la jgk p Langkawi ni..Tanjung Rhu tempat dia lawa sgt..sapa2 nak tau tanjung rhu tu cmna leh Google ja nuh..haha..tapi ramai org kata tempat tu keras sikit..Waalahualam...

Cuti2 Malaysia...Cuti rehatkan minda.. =D

Saturday, January 26, 2013

Ya Rabbama

Bismillahirrahmanirrahim....ehem2...tadi mlm ustaz Don dtg UiTM..huhu...best2..pastu dia ada bg satu tajuk Doa n group nya sekali..dia ckp duk saja2 leh gak duk baca...Jom2..



يـَـا رَ بَّ مَـكَّــة َ وَ الــصَّـــفَـا بِـمُـحَــــمَّـدٍ
اِغْــفِـرْ لَـــنَـا يـَا سَــا مِــعًـا لِــدُعَـانَـا
Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad,
Ampuni dosa kami Wahai Yang Maha Mendengar do’a kami.
اُ كْـــتُمْ هَـــوَ انَ اِنْ أَرَ دْ تَ رِ ضَـــانَ
وَ احْــذَرْ تُـــبِـيْــحُ بــِسِرِّ نَـا لِـسِـوَ انَـا
Sembunyikanlah Kecintaan kepada kami apabila engkau menginginkan restu kami (para wali Allah),
Dan jagalah agar kau tak sesumbarkan apa-apa yang kau ketahui dari Kemuliaan kami.
وَ اخْــضَـعْ لَــنـَـا إِنْ كُـــنـْتَ رَ اجِــيَ وَ صْــلِــنـَـا
وَ اتْـرُ كْ مُـنــَـاكَ إِنْ أَرَ دْ تَ مُـنـَـانَـا
Tunduk dan panutlah kami apabila kau menginginkan bergabung dengan kami,
Dan tinggalkanlah cita-cita kosongmu apabila engkau menginginkan apa yang kami cita-citakan.
وَ اجْـــعَـلْ وُ قُــوْ فَــكَ مَــا بـَــقـِـــيْتَ بِــبَـابِــــنَـا
فَـــلَـــعَــلَّ اَنْ تـُحْــظَـى بـِـــنَـا وَ تَـرَ انَـا
Dan jadikanlah sisa usiamu kini untuk berada di pintu-pintu kami,
Maka semoga engkau akan mendapatkan anugerah dengan kedekatan kepada kami.
أَ وَ مـَــا عَـــلِــمْـتَ بِـأَ نَّـــنـَـا أَهْـــلُ الْـــوَ فَـــا
وَ مـُـحِــبــُّــــنَـا مَــا ذَ الَ تـَـحْــــتَ لِـــوَ انَــا
Apakah kalian tidak mengetahui, bahwa kami selalu bermurah hati,
Dan semua yang mencintai kami akan selalu di bawah panji kami.
فَـــإِ ذَا قَـــضَـيْتَ حُــقُــوْ قَـــنَـا يـَـا مُــدَّ عِــى
عَـــا يـَــنـْــتــَــــنَـا فِـى الْـكَــا ئــِــنـَـاتِ عِـيـَـانَـا
Apabila kalian jalankan permintaan kami ini, wahai yang menginginkan kemuliaan kami,
Maka kalian pasti melihat di semua alam akan keluhuran dan kebesaran kami dengan jelas.
نــَحْــنُ الْــكِـــرَ امُ فَـــمَــنْ أَتــَانَـا قَــاصِـــدً
نَــالَ الــسَّـــعَـادَ ةَ عِـنـْدَ مـَـا يـَــلْــقَــانَـا
Kami adalah kaum dermawan, maka barangsiapa yang datang kepada kami dengan suatu kebutuhan,
Maka ia akan mendapatkan keinginannya dan kebahagiaan ketika ia menemui kami.
فَــانْـــهَــضْ بـِــعَـذِ مِ لا َ تـَـكُــوْ نُ مُــقَـــصِّـرً ا
وَ انْــظُـرْ تـَـرَ ى الْـعُـــشَّـاقَ حَــوْلَ حِـمَـانَـا
Maka bangkitlah dengan penuh semangat, dan janganlah bermalas-malasan,
Lihatlah orang-orang yang mencintai dan merindukan kami, terayomi di dalam benteng-benteng kami.
مُـسْــتَــبْـشِـرِ يـْنَ بِـــنَــيْـلِ مَـا قَــدْ أَ مَّــلــُــوْا
فَــرِ حِــــيـْنَ مُـذْ نَــظَـرُ و ا الْـجَـــمَـالَ عِـــيَـانَـا
Mereka mendapat kebahagiaan dengan datangnya kabar gembira,
bahwa mereka diberi segala yang mereka dambakan,
Mereka dilimpahi kegembiraan sejak mereka memperdulikan keindahan yang sejelas-jelasnya (Muhammad SAW).
هَـامُــوْ ا بِــعِـشْــقَــتِــهِـمْ سُــــكَـارَ ى عِــنْـدَ مَــا
dan dengan apa-apa yang mereka rindukan,
Ketahuilah bahwa mereka itu telah terbuka baginya hijab ma’rifah dan mereka telah menyaksikan kemuliaan kami.
فَـهُـــمُ الْــمُرَ ادُ وَ لاَ يــُرَ ادُ سِـــــوَ ا هُـمُ
فَــالْـــقَــلْــبُ مُـشْـــتَـغِـلٌ بـِـــهِمْ وَ لْــهَــانَـا
Maka mereka adalah yang paling pantas untuk dituju, dan tiada lagi yang pantas dituju selain mereka,
Dan hati yang sibuk dengan selain urusan mereka, adalah hati yang pasti terpenuhi kebingungan.
كَرِّ رْ لـِـسَــمْـعِـى ذِ كْـرَ ا هُمْ وَ حَــدِ يــْـثَــهُمْ
تـَــعْـمَـلُ مَــعِـى بِــحَـــيـَـا تِـــهِـمْ إِحْـسَـــانَـا
Maka ulang-ulanglah untuk selalu memenuhi pendengaranmu dengan mereka dan perkataan mereka,
Dan sibuklah dengan beramal baik bersama-sama dalam kehidupan mereka.
يـَـا رَ بَّ مَــكَّـــةَ وَ الــصَّـــفَـا بـِمُـحَـــمَّـدٍ
اِ غْــفِـرْ لَــنـَـا يـَـا سَــا مِـعـًـا لِــدُ عَـانَـا
Maka Wahai Pemilik Makkah dan Bukit Shafa, demi Muhammad,
Ampuni dosa kami wahai yang selalu mendengar do’a kami.
ثــُــمَّ الــصَّـــــلا َةُ عَــلَـى الــنَّـــبِـى وَ آلــِــهِ
مَــا حَــرَّ كَـــتْ رِ يـْـــحُ الـصَّــبـَـا أ َغْــصَـانَـا
Lalu limpahan Shalawat atas Nabi dan Keluarganya,
Sebanyak hembusan angin di pagi hari

YA RASULULLAH..KAMI MERINDUIMU =')

Thursday, January 24, 2013

♥ KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW ♥
...Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah...
...Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah...

" Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak."

" Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang."

" Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil."

" Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

" Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh."

" Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu."

" Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku."

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hamba-MU

~ Barakallahufikum :')

SHARING IS CARING
LOVE IS FOR ALLAH
Luffy Stretching Arms